Khamis, 25 Jun 2009

TRIO ke UUM dan UPSI

EWAH, suka betul kakak-kakak ini sebab niat nak masuk ke universiti sudah tercapai. Mereka ini Norazian bt Nordin akan ke UUM Kedah, nak pandai ilmu keusahawanan. Bakal tokoh korporat made in Bagan Terap!
Kengkawan dia tu Siti Aminah bt Suri dapat masuk UPSI, nak jadi cikgu. Tengok muka dia pun macam ada cop cikgu. Biarlah esok balik kerja di SMK Bagan Terap, bela adik-adik kami budak Sungai Panjang dan Tanjung Medan. Tolonglah kami ye kak Siti!
Yang satu lagi Norhidayu bt Yussof sama pula dengan Norazian, masuk UUM. Kak Norhidayu nak belajar Pengurusan Sumber Manusia. Eh, macam nak jadi Menteri Sumber Manusia pula. Eloklah kakak berdua bawaa bendera Bagan Terap dan pacak kat UUM. Kasi tau sama orang sana, ada kawasan nama Bagan Terap!
Emm, ada dua orang lagi geng kakak ini yang dapat masuk U. Mereka ialahNurshuhada bt Rashidi(UKM) dan Faridatul Akmar bt Mohamad (USM).

AHMAD Jafri ke Universiti Malaysia Sabah

TAHUN 2009 ini SMK Bagan Terap mencatat sejarah lagi apabila Sdr Ahmad Jafri b Jaafar akan menjadi mahasiswa di UMS Sabah. Beliau akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Antara Bangsa.

Ahmad Jafri, 20 tahun merupakan bekas pelajar SMKBT sejak tahun 2001. Pada tahun berkenaan beliau berada di Tingkatan Satu Firdaus hingga Tingkatan 3. Beliau berada di Tingkatan 4 Ibnu Sina dan Lima Ibnu Sina tahun 2006. Tahun 2007 dan 2008 Ahmad Jafri berada di Tingkatan Enam untuk mengambil STPM.
Beliau mendapat 2B dan 3C dalam STPM 2008 yang melayakkan ke universiti Julai 2009 ini. Yang menarik, Ahmad Jafri memang anak kampung sama seperti kebanyakan pelajar-pelajar di SMK Bagan Terap sekarang. Bersama Ahmad Jafri, terdapat lima orang lagi rakannya yang telah mendapat tawaran untuk ke universiti.

Isnin, 22 Jun 2009

SEJARAH Malaya

SEJARAH baru bermula?


Bermulanya sejarah hitam beberapa remaja, masa depan yang masih panjang....
(Gambar ihsan jurufoto profesional, dan lokasi di sebuah bandar besar- bukan Bagan Terap)

Sabtu, 13 Jun 2009

BEBAN sejarah

BEBAN sejarah? Entah apa dia ni. Lama dah saya dengar, tapi tak faham-faham. Tanya kengkawan pun senyap je. Saya pun jumpa lagi cikgu. Lebih kurang macam inilah cakap-cakap saya dengan cikgu Sejarah, Encik Rajent.

Cikgu Rajent: Awak ada pengalaman buruk tak?

AAJ: Buruk macam terjatuh dalam kolam adalah.

Cikgu Rajent: Itu susah nak kaitkan dengan maksud beban sejarah. Pernah kena marah ayah tak?

AAJ: Ada, paling teruk sebab ponteng sekolah. Pakai baju sekolah, tapi tak sekolah.

Cikgu Rajent: OKlah, apa kesan selepas kantoi ponteng?

AAJ: Malu juga dengan cikgu di sekolah.

Cikgu Rajent: Selepas itu pernah ponteng sekolah lagi?

AAJ: Setakat ini tidak ada lagi. Ayah dah warning, nanti kena bedal.

Cikgu Rajent: Adakah kawan-kawan awak percaya awak sudah menjadi murid yang baik?

AAJ: Ada yang percaya dan ada juga tak percaya saya.

Cikgu Rajent: itulah beban sejarah. Perkara buruk yang lepas menyebabkan orang susah nak percaya awak boleh berubah menjadi baik.

AAJ: (dalam hati) pening betul nak faham.