Jumaat, 14 Ogos 2009

QURBANI hei qurbani...

APA erti gambar ini? Emm..., itulah pengorbanan guru terhadap anak-anak muridnya. Sebenarnya ni bukan kerja utama Cikgu Osman, tapi kasih sayangnya kepada semua menyebabkan dia membuat kerja-kerja begini. Semua ini adalah sejarah, kerana telah lalu. Tetapi jasanya hari ini pasti berhasil untuk anak-anak muridnya...

BAKAL arkeologis

APA sedang mereka lakukan? Oppss, naik lori hendak ke mana ya... Inilah hari yang bersejarah kepada mereka kerana dapat naik lori! Pakaian Melayu lengkap dan naik lori kan sukar, namun mereka buat untuk jadi kenangan dan menyeronokkan. Di atas lori juga ada kotak besar. Agaknya penuh dengan barangan purba yang sangat antik. Ini semua aksi murid Tiga Khuldi 2009 sebelum PMR. Saja hendak lepaskan tension...