Rabu, 13 Mei 2009

HANG Li Po anak siapa?

PUTERI Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansyur Shah. Dikatakan puteri dari Negara China itu diiringi dayang-dayang istana ke Melaka untuk perkahwinan penting itu. Hari ini kita boleh melawat Bukit Cina di Melaka yang ada kaitan dengan Puteri Hang Li Po dan rombongannya.

Benarkah Hang Li Po seorang puteri Maharaja China kurun ke-15? Yang benar berdasarkan sejarah melaka ialah adanya perkahwinan Sultan Melaka dengan Hang Li Po. Hendak mengatakan Hang Li Po benar-benat puteri terbaik Maharaja China? Nanti dahulu.

Mengikut adat orang-orang Cina dan Melayu, pengantin lelaki yang pergi ke rumah pihak perempuan. Mana ada pengantin lelaki duduk di rumah saja menunggu datang rombongan pengantin perempuan, kemudian bernikah pula di rumah pengantin lelaki! Tanyalah orang Cina, sama macam budaya Melayu.

Kes Hang Li Po nampaknya terbalik, pengantin perempuan mencari rumah pengantin lelaki. Tak masuk akal, Maharaja China yang menjadi pelindung kerajaan Melaka, negara kuasa besar ‘terpaksa’ merendah diri menghantar puterinya ke rumah pengantin lelaki iaitu Sultan Melaka. Ayahnya, tentulah Maharaja tidak pula ikut sama. Malu kot….

Berdasarkan hal itu, sukar dipercayai bahawa Hang Li Po itu benar-benar seorang puteri Maharaja China. Kemungkinan besar hanyalah seorang perawan Cina biasa yang dihias dan diberi layanan umpama puteri raja, lalu dihantar ke Melaka. Orang Melaka pun bangga dan merasa besar sebab Sultan mereka berkahwin dengan anak raja paling hebat dalam dunia. Perigi cari timba pula.

Karutlah….., semua cerita itu saja-saja untuk menaikkan martabat Sultan Melaka dalam kalangan raja-raja Melayu lain pada waktu itu. Raja-raja Melayu di pulau-pulau Melayu seluruh Nusantara zaman abad ke-15 apabila mendengar Sultan Melaka berkahwin dengan puteri Maharaja China, negara kuasa besar, mereka kecut perut. Mereka pun cepat-cepat menghantar surat ke Melaka ‘berkirim sembah’ dengan rela hati menerima kekuasaan Kesultanan Melaka.

Tahu dah…..