PUTERI Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansyur Shah. Dikatakan puteri dari Negara China itu diiringi dayang-dayang istana ke Melaka untuk perkahwinan penting itu. Hari ini kita boleh melawat Bukit Cina di Melaka yang ada kaitan dengan Puteri Hang Li Po dan rombongannya.
Benarkah Hang Li Po seorang puteri Maharaja China kurun ke-15? Yang benar berdasarkan sejarah melaka ialah adanya perkahwinan Sultan Melaka dengan Hang Li Po. Hendak mengatakan Hang Li Po benar-benat puteri terbaik Maharaja China? Nanti dahulu.
Mengikut adat orang-orang Cina dan Melayu, pengantin lelaki yang pergi ke rumah pihak perempuan. Mana ada pengantin lelaki duduk di rumah saja menunggu datang rombongan pengantin perempuan, kemudian bernikah pula di rumah pengantin lelaki! Tanyalah orang Cina, sama macam budaya Melayu.
Kes Hang Li Po nampaknya terbalik, pengantin perempuan mencari rumah pengantin lelaki. Tak masuk akal, Maharaja China yang menjadi pelindung kerajaan Melaka, negara kuasa besar ‘terpaksa’ merendah diri menghantar puterinya ke rumah pengantin lelaki iaitu Sultan Melaka. Ayahnya, tentulah Maharaja tidak pula ikut sama. Malu kot….
Berdasarkan hal itu, sukar dipercayai bahawa Hang Li Po itu benar-benar seorang puteri Maharaja China. Kemungkinan besar hanyalah seorang perawan Cina biasa yang dihias dan diberi layanan umpama puteri raja, lalu dihantar ke Melaka. Orang Melaka pun bangga dan merasa besar sebab Sultan mereka berkahwin dengan anak raja paling hebat dalam dunia. Perigi cari timba pula.
Karutlah….., semua cerita itu saja-saja untuk menaikkan martabat Sultan Melaka dalam kalangan raja-raja Melayu lain pada waktu itu. Raja-raja Melayu di pulau-pulau Melayu seluruh Nusantara zaman abad ke-15 apabila mendengar Sultan Melaka berkahwin dengan puteri Maharaja China, negara kuasa besar, mereka kecut perut. Mereka pun cepat-cepat menghantar surat ke Melaka ‘berkirim sembah’ dengan rela hati menerima kekuasaan Kesultanan Melaka.
Tahu dah…..

assalamu alaikum ,
BalasPadamHang Li po , kalau adik kurang senang dngan Hang Li po , jangan marah kat internet..nanti dia kat alam barzakh gelisah dengan kita kita ni sekali gelisah.
Cuba kita fikirkan, kenapa begitu ramai pengiring Puteri Hang Li Po mengiring beliau termasuk seorang Pahlawan besarnya, tinggal menetap pula kerana ikut Hang Li Po..Kami rasa kalau dia tu orang profile rendah ler katakan, tak dapat dia nak support perbelanjaan dan kawan seramai itu. Mesti Hang Li Po ni orang besar..kita agak2 ler, bukan kita nak gado gado yer dik yer..
salam...
BalasPadamdalam adt ada yg diperi,
ad jg yg dicri....
hg li po.....mungkin dia ank gundik....?
satu kebiasaan bg maharaja memiliki ramai gundik....
dalam adt istana skalipn,ank permaisuri akn dapt layanan terhormat....
Haah... Hang lipo itu seorang gundik yang dihantar di Melaka sebagai tanda kehormatan bagi Melaka... Bak kata cikgu ku... bukan semua negara waktu itu dapat penghargaan yang berharga sebegitu... Salah satu yg dapat penghargaan tersebut adalah Melaka...
Padamermmm...tetarik dgn catatan blog anda....sy hormati pandangan anda mengenai hang li poh namun bile anda menyentuh cerita ini saje direka untuk menaikkan martabat sultan, saya rasa anda sendiri telah menghina kedaulatan sultan..ada logiknye catatan anda ttg perigi cari timba namun tidak kah anda belajar ttg sejarah negara China? mmg China adalah negara yg memiliki kawasan tanah yang besar berbanding Melaka. Namun pada zaman tersebut,China telah berpecah pecah di bawah pemerintahan yang berbeza mengikut kawasan dan kalu kite tgk drama yg menggambarkan zaman pemerintahan maharaja china dahulu kala, bile maharaja china menyanjung dan menghormati sesuatu pihak maka mereka akan menghadiahkan puteri mereka sbg tanda penghormatan...maharaja China sendiri juga sering 'dihadiahkan' puteri dari negeri lain utk dijadikan isteri...Namun Hang Li Poh ini sememangnya x dpt dipastikan samada beliau adalah puteri kepada maharaja&maharani disnasti Ming atau beliau adalah puteri kepada hasil hubungan Maharaja dgn isteri2 lain@ dengan gundik2 maharaja......
BalasPadamAdik nak tulis sejarah ke nak tulis pendapat?
BalasPadamBaik adik tulis sejarah..
Kami yang tulis pendapat (komen).
Slm...
BalasPadamDear my friend, I'm sorry to say this..
But on my opinion you supposed to shut your mouth cuz it was really sad..there are people like u that doesn't know anything about history.. but they acted like they know history... so before you post about history in your blog ..make sure that u read the article first!!
hang li po ni kemungkinan besar gundik maharaja china.kalo pegi china x de satu pon sejarah dia menulis mana2 maharaja menghadiahkan puteri raja nye ke sultan atau pembesar.sm perkahwinan puteri akan diadakan di forbidden city menunjukkan kebesaran darah maharaja china pada zaman tu.org kat negara china gelak masa sy bagitau hanglipo ni.sorry sejarawan should check more about this
BalasPadamHang Li Po datang ke Melaka pada tahun 1477. Laksmana Cheng Ho mati pada tahun 1433 pada usia 62 tahun.
BalasPadamDidalam buku-buku sejarah yg ada disekolah-sekolah nyatakan Laksmana Cheng Ho mengeringi Hang Li Po ke Melaka tapi tak dinyatakan umur Laksmana Cheng Ho pada masa itu. Katakan Laksmana Cheng Ho masih hidup pada masa itu, umur dia 106 tahun
Sejarawan China bersetuju dgn fakta sejarah bahawa Laksamana Cheng Ho dah mati masa Hang Li Po sampai ke Melaka. Setelah 44 tahun Laksmana Cheng Ho mati baru lah Li Po datang ke Melaka.
Masa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, tak pernah sekali pun Maharaja China hantar bala tentera untuk bantu Melaka menentang Portugis. Sebaliknya tentera China bantu Portugis bakar kapal-kapal org-org Melayu Melaka yg buat tentera laut Melaka lumpuh. Itu jawapan pada pertanyaan kenapa Maharaja China tak bantu selamatkan keturunan "puteri Maharaja China Li Po". Jika benar itu puteri Maharaja China kenapa selama 130 Portugis menjajah Melaka Maharaja China takde pun hantar bala tentera untuk menentang Portugis yg serang & jajah Melaka?
BalasPadamlaksamana Cheng Ho lahir pada 23hb September 1371 & meninggal dunia pada tahun 1433 (umur 62 tahun). Urusan Li Po ke Melaka takde kena mengena dengan Laksamana Cheng Ho sebab setelah kira-kira 40 tahun Cheng Ho dah meninggal baru Li Po datang ke Melaka.
BalasPadamSekira Laskamana Cheng Ho masih hidup masa Li Po datang ke Melaka umur Laksmana Cheng Ho masa tu 106 tahun.
Dalam sejarah negara Cina tak pernah ada diplomat yg dah berumur 106 berkhidmat dengan Maharaja China.
Apa lah mengarut menuduh bukan-bukan budak sekolah ni ha?
BalasPadam