Selasa, 28 April 2009
Isnin, 27 April 2009
Ahad, 26 April 2009
MENARA Condong Teluk Intan (2)
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggung jawab membuat Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara Tujuan asal pembinaan Menara Jam pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempatan apabila musim kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhodmatan bomba.
Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas.
Selasa, 21 April 2009
KAMPUNG Lubuk Pusing
Isnin, 20 April 2009
KOTA Malawati
BUKIT Malawati di Kuala Selangor menjadi bahan sejarah Negara. Hari ini bukit ini menjadi kunjungan pelancong dalam dan luar negara kerana ingin melihat kesan-kesan sejarah itu. Di puncak bukit ini terdapat sebuah rumah api yang menjadi panduan pelaut zaman dahulu. Di samping itu pihak muzium negeri telah memelihara dan memulihara khazanah perang seperti meriam dan meletakkannya di tempat-tempat strategik, umpama persiapan perang abad ke-18 dahulu.
Khamis, 16 April 2009
ERTI sejarah itu apa?

Ingat peristiwa Parameswa duduk berehat di bawah sepohon pokok? Semua orang pun biasa duduk di bawah pokok, tetapi mengapa semua orang yang duduk di bawah pokok tidak dicatat sebagai peristiwa atau cerita. Haa…, semasa Parameswara duduk di bawah pokok, ada peristiwa ganjil yang berlaku. Pelajar-pelajar semua tahu, anjing buruan Parameswara ditendang kancil! Yess! Inilah cerita atau berita. Anjing mengalahkan kancil, biasa. Itu tidak menjadi berita. Tetapi kalau kancil kalahkan anjing, itulah cerita atau berita!
Biasanya anjing buruan mestilah garangnya mak datuk…, namun anjing paling ganas itu dapat ditendang oleh pelanduk atau kancil. Kancil haiwan kecil dan manjanya mak datuk… Lagi, kancil bukanlah haiwan jenis melawan haiwan lain seperti harimau atau babi hutan! Oleh itu tindakan kancil yang membuat tendangan maut terhadap anjing paling ganas betul-betul menjadi cerita atau berita. Oleh kerana anjing itu kepunyaan Parameswara, maka anak raja itulah yang terkejut beruk! Semua itu sangat tinggi nilai cerita atau beritanya. Oleh kerana cerita itu berlaku pada masa lalu, maka itulah cerita dia, cerita sejarah atau catatan sejarah.
Boleh fahamlah… Oleh itu kalau hendak dicatat sebagai cerita atau berita atau catatan sejarah, cuba dapatkan 10A dalam SPM, dan selama ini anda mengulangkaji pelajaran di bawah pokok tauge.
Jumaat, 10 April 2009
MENARA Condong Teluk Intan (1)
Menara Condong di Teluk Intan merupakan salah satu bangunan bersejarah dan menjadi tarikan pelancong ke bandar itu di Hilir Perak. Banyak pelajar dari Tingkatan Tiga telah memilih bangunan ini untuk kajian Kerja Kursus Mata Pelajaran Sejarah bagi PMR 2009 ini.


