Selasa, 21 April 2009

KAMPUNG Lubuk Pusing

LIMA kilometer dari SMK Bagan Terap, terdapat sebuah kampung bernama Lubuk Pusing. Jarak kampung itu dari pecan Sungai Besar ialah 17 kilometer. Penduduknya menjadi pekebun kelapa sawit. Asal-usul nama Kampung Lubuk Pusing merupakan lagenda bercampur mitos dan disebar sebagai sastera lisan setempat.

Menurut anak kelahiran Kampung Lubuk Pusing Encik Abdul Razak bin Zek, 52 tahun, nama Lubuk Pusing berkaitan dengan pusaran air Sungai Bernam yang yang menjadi sempadan negeri Perak dan Selangor. Kampung Lubuk Pusing terletak di tebing Sungai Bernam. Menurut En Abdul Razak yang lebih dikenali sebagai Pak Andak, sebelum tahun 1950-an kawasan yang hari ini menjadi Kampung Lubuk Pusing merupakan sebagian aluran Sungai Bernam. Dasar sungainya dalam dan menjadi laluan kapal membawa barangan pertanian seperti kelapa dan minyak Hulu Bernam ke kuala.

Di sungai itu terdapat pusaran air yang dikenali ‘lubuk pusing’. Pernah suatu ketika dahulu terdapat sampan pemancing yang melanggar pusaran air berkenaan dan ‘tertelan’ dalam pusaran air sungai itu. Mayatnya ditemui kira-kira 25 kilometer dari tempat kejadian iaitu di muara sungai.

Pada tahun 1960-an, perubahan pada aliran sungai berlaku dan dasar sungai yang terdapat pusaran air semakin cetek. Dengan mendapan-mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk pusing itu menjadi daratan tetapi mudah dinaiki air apabila hujan.

Kawasan yang asalnya tempat pusaran air di sungai itu terus kekal menjadi seperti kolam tetapi tiada lagi pusaran airnya. Kini terdapat tiga kolam di Kampung Lubuk Pusing yang asalnya merupakan pusaran air sungai zaman dahulu. Air di kolam-kolam ini seakan-akan menggelegak tanpa henti dan jauh ke dasarnya masih tidak dapat diketahui berapa puluh meter. Belum ada pihak yang membuat kajian ilmiah mengenainya.

5 ulasan:

  1. Harap kerajaan Malaysia keluarkan geran supaya lubuk ini dikaji. Buat kajian sampai boleh dibawa ke dunia macam rancangan National Geographic

    BalasPadam
  2. Dialu-alukan kajian yang lebih ilmiah kerana penduduk setempat sendiri ramai yang tak faham dengan kejadian tasik ladam pada sungai tersebut. Kepada yang ada info bila sungai ini terputus sila kemukakan di sini....

    BalasPadam
  3. Slm..lubuk pusing jga ada d kedah dkt sg. Merbok..dlu jg mrupakn psat pntadbiran kecil krajaan Kedah..kpd yg mmnati sejarah realiti Tanah Melayu blh lh emel kpd lavender.bizz@gmail.com (sheikh zack)

    BalasPadam
  4. Salam maaf bertnya kolam yg ke 3 ni yg ada di atas ni berada di mana.?? Kolam 1 dan 2 berada berdekatan di masjid. Yg ke 3 ni sya tidak jumpa. Tolong bagi tahu sya iya berada di mana.???

    BalasPadam