Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggung jawab membuat Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara
China.
Tujuan asal pembinaan Menara Jam pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempatan apabila musim kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhodmatan bomba.
Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas.
Menara Condong mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum bangunan ini mempunyai tiga tingkat, dengan setiap arasnya setinggi 15.5 kali. Menara Condong mempynyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun pandangan dari luar, bangunan ini seolah-oldh tujuh tingkat.
Struktur bangunan Menara Condong ini diperbuat daripada kayu dan batu. Setiap tingkat atau beranda dilengkapi lorong jalan dengan enam kaki lebar, berdindingkan tembok rendah dihiasi batu berwarna hijau. Atap bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.
Lapisan bawah bangunan Menara Condong ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas dengan 27 kaki garis pusat. Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.
Pada tahun 1997, Majlis Perbandaran Teluk Intan telah membina dataran di sekeliling bangunan Menara Condong sebagai usaha untuk menonjolkan keunikan bangunan ini. Kini dataran di sekitar Menara Condong menjadi kawasan riadah penduduk tempatan sehingga pada waktu malam.
Menurut Encik Khairul Anuar Tahir yang bekerja sebagai penyelia bangunan Menara Condong, bahawa bangunan ini sentiasa selamat dikunjungi. Orang ramai mengunjungi Menara Condong termasuk para pelancong asing.
Menara Condong bukan lagi milik persendirian, sebaliknya dimiliki oleh Jabatan Muzium Negeri Perak. Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan berperanan menyelia bangunan termasuk memberi maklumat semasa kepada pihak yang ingin mendapatkan maklumat.
Kini Menara Condong meneruskan peranannya memberi peringatan mengenai waktu kerana jam besarnya masih berfungsi. Jam akan berdenting kuat setiap 15 minit!
Hari ini Menara Condong Teluk Intan berjaya dikenali sebagai menara condong kedua di dunia selepas Menara Condong Pisa di Itali. Kecondongan kedua-dua menara ini bukanlah buatan sejak asal, tetapi atas faktor-faktor geografi.
Menara Condong Teluk Intan telah menjadi pusat pelancongan dan bangunan yang tersemat di jiwa penduduk Hilir Perak. Kepada sesiapa yang berkunjung ke Bandar Teluk Intan ini dianggap tidak sah jika tidak berkunjung ke Menara Condong Teluk Intan. Kepada penduduk tempatan khasnya Hilir Perak, Menara Condong Teluk Intan menjadi satu kenangan dan kebanggaan. Jika penduduk Teluk Intan berada jauh dari bandar Teluk Intan dan ingin menjelaskan mengenai bandar mereka sebagai ‘home town’ maka petandanya ialah Menara Condong Teluk Intan.
Setelah membuat kajian terhadap bangunan Menara Condong yang terletak di Teluk Intan ini, seharusnya rakyat Negara ini terus menghargai kewujudan Menara Condong sebagai warisan silam negara. Kewujudan bangunan bersejarah ini lebih 100 tahun telah terbukti memberi kesan mendalam kepada penduduk khasnya di Teluk Intan dan negeri Perak.
Sekalipun bangunan ini diperbuat daripada kayu dan batu namun kerana bahan-bahannya sangat bermutu tinggi, maka bangunan ini masih utuh dan mampu bertahan lama lagi. Selain itu ketelitian dalam pembinaannya, merupakan keunikan Menara Condong. Pelajar-pelajar seni bina patut menjadikan Menara Condong sebagai kajian mendalam mengenai seni bina dan struktur binaannya.
Pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan pula dapat mempelajari semua aspek dari segi pemilihan tapak, struktur tanah dan struktur binaannya. Hal ini dapat membantu masyarakat hari ini mewarisi seni bina silam dan menggabungkannya dengan seni bina moden.
Dari sudut seni binanya sangat jelas bahawa seni tradisional Cina sangat penting dan diterima sebagai seni bina Malaysia. Dapatlah dikatakan Menara Condong sebagai salah satu keunikan budaya kebangsaan dalam aspek seni bina Malaysia.
bagaimana cara pembinaan menara condong teluk intan??
BalasPadamSalam
BalasPadamsiapa arkiteknya?
siapa kontraktornya?
apa bahan binaannya?
kayu jenis apa digunakan?
bata jenis apa digunakan?
genting jenis apa digunakan?
besi tangki buatan mana?
jam buatan mana?
siapa tukang buat jam?
.
PadamApa alamat menara condong?
Padambnyk nye lahaii soalan nye.. aku nk tau pasal buaye kat dlm menare nie.. -.- ape betul?
BalasPadamemangnye yg terbitkan blog nie.. tinggalkan blog dye mcm tu je lepas dh siap terbit? -.-
BalasPadambagus..
BalasPadambagaimana cara pembinaan menara condong ini?
BalasPadambagaimana bata yang digunakan menjadi bulat?
esok
BalasPadamTulis soalan..aq boleh jawab
BalasPadamFungsi dan keadaan pada masa kini
Padamwah,hebat
BalasPadamApakah kronologi yang terdapat pada Menara Condong tersebut?Berikan saya 3 kronologi yang terdapat pada Menara Condong tersebut.
BalasPadam............
BalasPadam